Saturday, April 4, 2009

isu remaja

Sebenarnya, banyak perkara yang telah dibentangkan dari isu ini:
  1. Tidak berfikir panjang. Ramai anak remaja lebih bersikap mengikut resa (impulsive) sehingga menjejas tingkah-laku mereka. Selalunya, mereka juga akan cepat terasa sedar tentang kesilapan ini tetapi merasa malu atau takut untuk berhadapan dengan kesan perbuatan mereka. Oleh itu, mereka terpaku untuk memperbaiki keadaan. Saya rasa Arinah mungkin rasa kesal apabila beliau telah melarikan diri tetapi oleh kerana beliau rasa takut dan malu untuk berhadapan dengan ibu bapanya, beliau membuat keputusan untuk menjauhkan diri. Masalah ini semakin bertambah apabila ada pula rakan yang bersubahat dengan memberinya tempat tinggal dan bukan nasihat untuk pulang kerumah untuk menjernihkan keadaan.
  2. Mementingkan diri sendiri. Ramai antara pembaca marah kerana menganggap Arinah bersikap mementingkan diri sendiri. Sebenarnya, naluri seorang anak remaja itu selalunya inginkan kesenangan diri dahulu sebelum memikirkan tentang hal orang lain. Ini adalah aspek normal pembangunan remaja. Tetapi sikap ini perlu diatasi untuk menjadi seorang dewasa yang matang. Saya tidak terperanjat apabila Arinah mengambil keputusan lari dari rumah kerana tidak terfikir tentang masalah yang beliau timbulkan kepada keluarganya. Malangnya, mungkin beliau tidak dinasihati oleh rakan atau ibubapa rakannya tentang ini. Oleh itu, beliau tidak dapat belajar untuk bermuhasabah (menilai perbuatan sendiri). Nampaknya, ibu bapanya perlu membantu menanamkan sifat ini kedalam diri beliau.
  3. Kemahiran menyelesaikan masalah. Pembaca bersetuju bahawa melarikan diri dari rumah bukan jalan penyelesaian masalah. Ada yang menganjurkan supaya Arinah berbincang dengan ibu bapanya. Saya gembira melihat para pembaca rasa mudah untuk berbincang dengan keluarga. Selalunya, anak remaja lebih suka berbincang dengan rakan sahaja dan kurang berkongsi masalah dengan ibubapa. Malangnya, rakan remaja kita mungkin kurang pengalaman dan tidak dapat memberikan penyelesaian yang baik. Ada juga ibu bapa yang tidak suka mendengar luahan hati anak-anak. Ibu bapa ini lebih cepat menuduh, menegah dan memarahi sebelum mendengar luahan sianak secukupnya. Jadi, ibu bapa Arinah juga perlu menilai semula adakah cara mereka mendampingi Arinah itu bersesuaian kepada usianya yang meningkat remaja; yang bukan lagi seperti anak-anak. Cara mereka menyelesaikan masalah akan ditiru oleh anak-anak.
  4. Disiplin diri lawan Kawalan Luaran. Isu remaja lari dari rumah seperti Arinah ini menunjukkan tahap disiplin diri seseorang itu. Seorang remaja yang boleh menahan diri dari mengikut resa akan lebih berjaya kerana dia akan juga mempunyai sifat kesabaran, ketabahan dalam mengharungi masalah dan tidak berputus-asa. Remaja yang memerlukan kawalan luaran seperti undang-undang atau ugutan untuk mengawal kelakuan mereka akan mudah terikut-ikut kepada pengaruh kawan-kawan. Itulah hikmahnya kita digalakkan bersolat dan beramal kerana ianya mengajar kita menahan diri dari melakukan sesuatu mengikut resa sahaja. Bukankah bersolat itu memerlukan disiplin dan kesabaran untuk didirikan??

pemanasan global

Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia .Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain . Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an.Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis , iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.


Faktor pemanasan global

Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.

  • Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya.
  • Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.
  • Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.

Pelepasan karbon dioksida

Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005.

Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu.

IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan konsentrasi karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun . Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit.

Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara sedang membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.

Kesan pemanasan global di Malaysia

Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.

Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.

Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian Tsunami 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik .Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.

[sunting] Tenaga alternatif

Tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dan solar sebagai alternatif yang berdaya maju. Malaysia perlu meneroka dan mempelajari sendiri tenaga nuklear sebagaimana Korea dan Jepun. Malaysia menerima 300 hingga 400 watt satu meter persegi cahaya matahari..